Friday, January 22, 2010
Berpijak di Bumi Syuhada'
Asalamualikum .. biasanya saya akan update tiap Jumaat, oleh kerana ingin mencari kelainan saya sempat search blog "Berpijak di Bumi Syuhada"..harap tuan/puan blog izinkan saya link di sini... ya , semoga memanjangkan pahala.
Thursday, January 14, 2010
Kesah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w - Nawawi Dasuki
Miliki buku ini... search je kat google " kesah ringkas kehidupan Rasulullah "
Wednesday, January 13, 2010
Solat Dhuha Murah Rezeki, Rezeki Berkat dengan Sedekah
Salam, teringat semasa di Masjidil Haram Sebelum Dzuhur (Zuhur sekitar jam 12.15 tenghari) hampir sebhagian besar jemaah haji akan segera ke Masjid sejam awal mahupun dua jam awal, maka ibadah yg lazim di buat ialah Solat Dhuha selain menunggu waktu masuk Membaca al-quraan.
Pernah sahabat saya Hj Muzamil seorang business man katanya antara tip2 murah rezeki :-
1. Ada kesusahan balik kampung jumpa emak mohon doa .. temu mata
2.Solat dhuha ..
3.Belanja sahabat2 yang lama tak jumpa sahabat terdekat..
Bercakap pasal rezeki terbaca dalam blog http://sazilimohdnor.blogspot.com/2009/01/rezeki-berkat-dengan-sedekah.html
(Sedara sazili mohon izin kongsi tulisan saudara dlm blog saya..untuk manafaat semua juga)
Rezeki berkat dengan sedekah
Saya kagum dengan pasangan jiran saya yang sangat suka bersedekah atau memberi rasa makanan kepada jiran. Keluarga ini bukan keluarga kaya tetapi aktiviti sedekahnya sangat istiqamah. Pasangan ini sangat suka bersedekah makanan kepada jiran-jiran. Ialah...mungkin itulah yang mereka mampu dan mungkin mereka melakukan secara ikhlas dan termampu sesuai dengan taraf sosio-ekonominya. Mereka akan sedekah apa sahaja makanan walaupun dalam kadar yang sedikit.Pendek kata bersedekah atau memberi rasa makanan telah menjadi budaya keluarga ini.
Contohnya, kami (8 orang dalam satu keluarga) pernah menerima empat biji pisang lemak manis, satu perempat tembikai, dua buku ubi kayu bersaiz sederhana, tiga hiris kuih kacang, semangkuk kecil bubur lambuk, satu biji mempelam siam, setangkai buah rambutan, lima biji cucur pisang, sebatang keropok likur saiz kecil dan seumpamanya. Pasangan ini bukan akan memberi kepada keluarga saya sahaja tetapi juga kepada jiran-jiran yang lain. Yang saya kagum ialah istiqamahnya mereka memberi sedekah makanan atau memberi rasa jiran-jiran makanan yang mereka makan. Ada lagikah ahli masyarakat kita yang seperti ini di zaman ini ?
Benarlah, kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya
Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.
Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang
Thursday, January 7, 2010
Nostalgia Mekah ..Cerita Ustaz - Ular Hitam di Kubur
Assalamualikum...
Saya petik harap dgn izin http://manzlie-makkah.blogspot.com/2009_11_01_archive.html yang ceritanya macam sama di ceritakan oleh Ustaz Ahmad Rosli , dari Rahyar.. sama sama kita ambil ikhtibarnya...
Bismillah....Salam from Makkah...pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu...suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...
selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...
Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis....insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam
Tuesday, January 5, 2010
Terimakasih Rahyar Jumpa di Pakej Umrah 2010 dan di Almuni nya Feb '2010
Monday, January 4, 2010
Bersama Keluarga di Rumah Kota Bharu
Semoga Berjumpa Lagi di Umrah @ Ziarah @& InsyaAllah Haji lagi..
..
Kembali ke blog saya http://arsadik.blogspot.com/ t/kasih.