Thursday, May 30, 2013

Waktu Solat Madinah dan Mekah ( waktu Arab Saudi )

Waktu Solat di Kuala Lumpur ( M'sia) ( 31 Mei 2013 ) *waktu Malaysia
-
Waktu Solat di Madinah ( 31 Mei 2013 ) *waktu Saudi

Waktu Solat di Mekah ( 31 Mei 2013 ) *waktu Saudi

-
bersamaan Waktu Malaysia 5 Jam lebih lewat
Sekarang Jam 10.30 pagi Waktu Malaysia bersamaan waktu Saudi dalam 5.30 pagi ( matahari baru terbit)
-
-


Wednesday, May 29, 2013

Umroh Ibunda bersama Cik Abu Cik Pon dan Siti...29 Mei - 11 Jun

 Tarikh dijangka pulang ke tanah air 11 Jun 2013 Selasa 10 Malam
.



 Kami memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki jika ada melakukan sebarang kesalahan samaada sengaja atau tidak, samada kecil atau besar. samada terkata didepan atau termengata dibelakang JUGA memohon dihalalkan apa jua yang termakan atau terminum. dan doakan kami semuga sihat dan dipermudahkan dalam menjalankan ibadah umrah, BERTOLAk pada 29 Mei 2013 dan balik ke Malaysia 11 Jun 2013:justru itu kami memohon berbanyak banyak maaf kiranya tidak dapat datang untuk memenuhi sebarang undangan dalam tempoh itu, kami doakan semuga semua majlis diberkati dan dirahmati oleh SWT.Daripada Abu Bakar, Poniah, Siti Aminah dan Kak Munirah.


 Bertolak kira2 jam 3pm dri masjid saleng senai..insyaAllah jam 7 @ 8 pm d jngka sampai KLIA..

Ianya cuma latihan separuh prjalanan naik bus dari Mekah ke Madinah..sahaja..perjalanan 9 @ 10 jam perjalanan...

Semoga d permudahkan..kami tunggu d KLIA


 Maseh menunggu..di LCCT fight X-Airasia LCCT - JEDAH (KAAA) 2.35am bertolak - dijangka sampai 7.30 pagi


Jam 10 am kemaskini  30 Mei 2013 hari ini..

BEZA Waktu  di Saudi Arabia adalah lebih awal 5 jam ,jika sekarang jam 10 pagi bermakna waktu di Mekah dan Madinah sekitar jam 5 pagi.

Maka sekiranya di jadualkan sampai 7.30 pagi bermakna waktu Malaysia kita adalah sekitar jam 12,30 pagi. Diwaktu ini dianggarkan fight Air Asia D7 170 berada di sekitar Dubai  - UAE Emeriah Arab Bersatu.

Sunday, March 31, 2013

Kita punya Yang kita Derma-Sedeqah itulah..


Teruja mengupdate blog ini  bila membaca kata2 Ustaz Ismail Kamus di atas..
Baru menyelesaikan untuk mencukupkan kembali duit Emak ku nak ge haji..InsyaAllah bahagiannya untuk ge Umrah pon dah di selesaikan..

untuk emak usaha dah kita buat ..rayuan kali ke 3 ..untuk haji ..



Masanya utuk aku pula mendaftar semula haji tahun ini 2013 ke 2014 katanya selepas 5 tahun pergi haji baru boleh daftar semula...




Monday, October 10, 2011

Tetamu Allah - Zulkarnain Wahab & Zaihashirhoh Abu Hassan

Hotel Di Madinah Hotel Dallah Taibah


( http://www.dallahtaibah.com/ ) Bilik :1102

Hotel Di Mekah Hotel Nawarah Mawaddah ( http://www.besharah.com/invmakahexecuted18.html) Bilik : NW509





Selamat diterima sebagai Dhuyfur Rahman dengan Doa

" Allahumajalhu Hajjan Mabruro, Wa'sya'n Masykuro, Wazambban Maghfurro,

Wa'amalan Solehan Maqbullan Watijoratan Lan tadbur "


Pakej Rahyar - http://www.rayhar.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=11:kenali-rayhar&catid=3:haji-1432

Zul boleh dihubungi di +966544853970
Account Tabung Haji : 630501008597568




Selamat mendapat haji mabrur Zulkarnain & isteri Zaihasiroh

Bersama Hapizur dan Ridwuandin ...Hjh Maznah sedang membantu Siroh (isteri Zulwahab)




Team IT Selangor akhi Shafiee turut bersama


Ustaz Abdul Majid Ustaz Rayhar Travel yg bersama KT37 ...bersama almuni-almuni Rahyar




Ambil kesempatan amilin rahyar Shah Alam - Hj Rahmat !



Friday, October 7, 2011

Jadual Penerbangan Haji 1432Hijrah @ 2011

Kenangan 2009 Flight balik dari Madinah International Airport sebelum kembali ke KLIA



Jadual Penerbangan Haji 1432Hijrah @ 2011





Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2011 . Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar.

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap Bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.