Monday, October 18, 2010

Jadual Penerbangan Haji 1431H / 2010



Assalamualaikum ,


Musim haji tiba lagi. Jemaah pertama yang bakal menjadi tetamu Allah swt telah berlepas pada 9 hari yang lalu malam 9/10/2010 dan sekarang sudah berada di Bumi Haram Madinah. Kepada jemaah yang lain yang sudah terpilih menjadi Tetamu Allah pasti berdebar menunggu saat keberangkatan.


Sentiasa berdoa semuga Allah memberi kesihatan dan memudahkan segala urusan sehingga dapat menjejaki kaki di Bumi Haram sebagai tetamu Allah.


Menjadi tetamu Allah swt ke Tanah Haram Mekah dan Madinah tidak sama dengan melancung ke mana juga di dunia ini. Jemaah haji akan di uji oleh Allah swt dengan berbagai ujian semenjak di tanah air, ketika penerbangan, di Madinah sehinggalah di Mekah. Hanya jemaah haji yang sabar dan redha dengan apa sahaja ujian akan mendapat Haji Mabrur.



Ibadah haji adalah musafir mujahadah yang menguji setiap jemaah haji.
Antara tips untuk mendapat Haji Mabrur adalah banyak memberi makan, banyak memberi salam dan sering ringan tangan untuk memberi khidmat kepada yang perlu.

Berikut adalah jadual ringkas jemaah penerbangan haji 2010 :
1. Penerbangan Pertama KT01 – 9 Oktober 2010
2. Penerbangan Akhir – 09 November 2010

3. Jangkaan Wukuf – 15 November 2010


4. Penerbangan Balik Pertama – 22 November 2010
5. Penerbangan Balik Akhir – 22 Disember 2010

Monday, October 4, 2010

Selamat Menjadi Tetamu Allah Shabat2 Telekom ku... 2010 / 1431H



-

From: Abd Rahman Sadikin kepada sahabat2 Telekom Malaysia

Alhamdulilah dan Tahniah

1.Kak Rem serta Suami .. - Product TM Retail
2. Puan Roslina Hassan dan Suami - CSM TM Retail

3. Rozaini & Suami - HSBB System Team

4. Nik Adnan Nik Omar - CIND Core Planning Ntwork

dengan doa'


"Allahumma hajjan mabruron, wa sa'yan masykuran, wa zamban maghfuron, wa tijaratan lan tabuur.."

Sambil berkongsi pengalaman di blog khas saya semasa di sana Haji Musim lepas http://arsadiktetamuAllah.blogspot.com/


semoga menjadi 'perangsang' kepada yang belum mendaftar daftar lah sekarang...bagi yang pernah ke sana samada menunaikan Umrah ...maka akan terasa sentiasa lambaian Kaabah sentiasa melambai2 kita...



Hj Abd Rahman Sadikin
=======================

From: Ramisah Zainudin


Sent: Mon 10/4/2010 5:34 PM


To: Razlizam Abdul Manap @ Razak; Najmah Hj Said; Suzana Mohd Salleh; Mohd Fairuz Hisham; Mohd Zuki Abdullah; Shahrul Shamsuddin; Abd Rahman Sadikin; Khairulnisak Azis; Roslizam Mat Yusof; Ahmad Fairuz Ismail; Rosyanti Zainal Abidin; Norfaddilaf Ali; Mohd Dzulfiqhary Ibrahim; Norliza Mohd Saad; Marwan Yusof; Asmahani Binti Muhammad; Wan Rozana Aizan Wan Ismail; Rosmawati Ramli; Shahiruddin Saleh; Siti Nurul Huda Ahmad JalanySubject:
Assalamualaikum semua,

Inshaallah saya akan menunaikan fardu haji bersama suami dan jadual penerbangan pergi pada 10.10.10 ini, di kesempatan ini saya memohon maaf dari semua, harap doakan saya dan suami dapat menjalani ibadah haji dengan selamat dan mendapat haji mabrur.

Salam,

Ramisah Zainudin.

Sunday, May 30, 2010

Sekitar Majlis Silaturohim Jemaah Haji Rayhar 1430H (2009) ...Ahad 30Mei2010 jam1030am~ 2.30pm

.
Forum Ringkas Nostalgia Haji, Kongsi Pengalaman Hj Nasir Subang Jaya dan Ucapan Hj Harun 'ayahanda' ...'dont be khuatir !' semua bereh...



.

Jamuan Special Nasi Mandi power..!

Bertemu rakan handai selepas solat malangnya tak jumpa juga rakan sebilik ku Hj Azhar,Hj Shamsuddin, Hj Zahari dan Hj Cikgu Yusof , is ok saya share kepada mereka lewat facebook dan sms lah....


Sempat Sarah posing tu..Hai Sara...!
Ondway balik lalu KLCC anak2 nak ajak mandi tak cukup nasi mandi...tapi ada kenduri lagi


Sekadar berkongsi event semalam di masjid As-Syikirin KLCC walaupun sedikit terlambat sempat bersama dalam Forum Ringkas Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Astro Oasis), Ustaz Nizam dan Ustaz Ahmad Rosli ...bersama ayahnda Hj Harun ..
.
Terimakasih Tn Hj Harun dan Rahyar, tak sangka nak hidangkan nasi mandi kambing teringat kat Azed Mawahadah....
.
Saya ada 'utang' dgn Tn Hj Harun .. mintak saya compile gambar2 yang saya ambik untuk Rahyar ...'dont be khuathir' Hj insyaAllah dalam tempoh 2 minggu.bagi masa saya untuk di serahkan ke pjbt Rahyar KL.
.
Jangan lupa melayari http://www.rayhar.com/ untuk kepuasan kerja Haji anda, tarikh akhir mendaftar hujung Ogos 2010..
tkasih.
.
HjAbdRahmanSadikin & HjhMaznahMatHassan



Thursday, May 20, 2010

Majlis Silaturohim Jemaah Haji Rayhar 1430H (2009) dan Pelancaran Kursus Haji 1431Hijrah !



InsyaAllah , pada hari Ahad 30hb jam10.00pagi Satu Majlis Silaturohim Jemaah Haji Rayhar 2009Akan di adakan di Masjid As-Syikirn KLCC Kuala Lumpur..Semua dijemput hadir..

Bersempena dengan pelancaran Kurusu haji Bersiri bagi Musim Haji 1413Hijarah

Berminat sila klik di sini http://rayhar.com/v3/?page_id=15

Dapatkan Broucher Haji 1431H

AbdRahman

Nostalgia Hajiku 1430H di Galeri Rayhar.com !

Kenangan di Hari Arafah Nov'2009

Kenangan di Hotel Dall Taiba bersiap Ziarah Sekitar Masjid Nabawi Dis'2009





Gambar-gambar Nostalgia Haji 2009








Gambar-gambar di Koleksi Rayhar Nostalgia Haji 2009 saya dan Hajah Maznah Mat Hassan

HARI WUKUF


DIMINA
DIMADINAH




AbdRahman

Friday, January 22, 2010

Berpijak di Bumi Syuhada'


Perkuburan antara para Syuhada di Al-Baqie - Madinah
Di Medan Syuhada berlatarbelakang Bukit Uhud - di Madina

http://ummu-al-hanafi.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Asalamualikum .. biasanya saya akan update tiap Jumaat, oleh kerana ingin mencari kelainan saya sempat search blog "Berpijak di Bumi Syuhada"..harap tuan/puan blog izinkan saya link di sini... ya , semoga memanjangkan pahala.

Thursday, January 14, 2010

Kesah Ringkas Kehidupan Rasulullah s.a.w - Nawawi Dasuki

Buku Kisah Ringkas Kehidupan Rasullah s.a.w








Assalamualikum...

Saya terpanggil untuk share satu buku di atas, sesuai dengan blog khas saya ini.

Miliki buku ini... search je kat google " kesah ringkas kehidupan Rasulullah "

Antara kandungan buku ini adalah spt di bawah, tiap kesah diceritakan dalam 2 -3 mukasurat je ringkas..santai. Apa dan bagaiman seorang Muslim menjalani hidupnya boleh diteroka dan dihayati sirah Rasul S.A.W dalam tulisan yang ringan , mudah dan jelas untuk dihayati bersama:-( detail kandungan saya mohon ehsan rangeboy dlm blognya untuk saya linkan untuk manafaat semua..)



05.Suatu Keajaiban
06.Mengalahkan Jaguh Gusti Arab
07.Walau Matahari di Tangan Kanan !
08.Akan Datang Waktunya
09.Dialog Terbuka Yang Gagal
10.Membimbing Pemuda Bangswan Bertauhid

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

Wednesday, January 13, 2010

Solat Dhuha Murah Rezeki, Rezeki Berkat dengan Sedekah

Sedekah juga pada, burung memberi makan

Sedekah pada pekerja



Salam, teringat semasa di Masjidil Haram Sebelum Dzuhur (Zuhur sekitar jam 12.15 tenghari) hampir sebhagian besar jemaah haji akan segera ke Masjid sejam awal mahupun dua jam awal, maka ibadah yg lazim di buat ialah Solat Dhuha selain menunggu waktu masuk Membaca al-quraan.

Pernah sahabat saya Hj Muzamil seorang business man katanya antara tip2 murah rezeki :-

1. Ada kesusahan balik kampung jumpa emak mohon doa .. temu mata

2.Solat dhuha ..

3.Belanja sahabat2 yang lama tak jumpa sahabat terdekat..



Bercakap pasal rezeki terbaca dalam blog http://sazilimohdnor.blogspot.com/2009/01/rezeki-berkat-dengan-sedekah.html
(Sedara sazili mohon izin kongsi tulisan saudara dlm blog saya..untuk manafaat semua juga)

Rezeki berkat dengan sedekah

Saya kagum dengan pasangan jiran saya yang sangat suka bersedekah atau memberi rasa makanan kepada jiran. Keluarga ini bukan keluarga kaya tetapi aktiviti sedekahnya sangat istiqamah. Pasangan ini sangat suka bersedekah makanan kepada jiran-jiran. Ialah...mungkin itulah yang mereka mampu dan mungkin mereka melakukan secara ikhlas dan termampu sesuai dengan taraf sosio-ekonominya. Mereka akan sedekah apa sahaja makanan walaupun dalam kadar yang sedikit.Pendek kata bersedekah atau memberi rasa makanan telah menjadi budaya keluarga ini.


Contohnya, kami (8 orang dalam satu keluarga) pernah menerima empat biji pisang lemak manis, satu perempat tembikai, dua buku ubi kayu bersaiz sederhana, tiga hiris kuih kacang, semangkuk kecil bubur lambuk, satu biji mempelam siam, setangkai buah rambutan, lima biji cucur pisang, sebatang keropok likur saiz kecil dan seumpamanya. Pasangan ini bukan akan memberi kepada keluarga saya sahaja tetapi juga kepada jiran-jiran yang lain. Yang saya kagum ialah istiqamahnya mereka memberi sedekah makanan atau memberi rasa jiran-jiran makanan yang mereka makan. Ada lagikah ahli masyarakat kita yang seperti ini di zaman ini ?


Benarlah, kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.


Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak adamenjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.


11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.


Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)' .


Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api".


Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. Wallahu aklam.

Link Ke blog saya http://arsadik.blogspot.com/

Thursday, January 7, 2010

Nostalgia Mekah ..Cerita Ustaz - Ular Hitam di Kubur


Ustaz Ahmad Rosli yang menceritakan kesah yg sama..

Assalamualikum...

Saya petik harap dgn izin http://manzlie-makkah.blogspot.com/2009_11_01_archive.html yang ceritanya macam sama di ceritakan oleh Ustaz Ahmad Rosli , dari Rahyar.. sama sama kita ambil ikhtibarnya...

Bismillah....Salam from Makkah...pagi pagi nih aku ingin bercerita sesuatu...suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dahulu di sini..KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...
selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...

Kepada teman teman blog ku yang disayangi serta my silent reader, marilah kita amik iktibar dan pedoman dari kejadian ini..semoga allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu dari ganguan syaitan dan iblis....insyalah..hanya sekadar bercerita kisah pengalaman ku disini..syukran..wasalam

Tuesday, January 5, 2010

Terimakasih Rahyar Jumpa di Pakej Umrah 2010 dan di Almuni nya Feb '2010


Yang berminat untuk Umrah bersama Rahyar sila layari http://rayhar.biz/portal/ untuk lebih lanjut.. Untuk di Lembah Klang Selangor hubungi pejabat Rahyar di Shah Alam ( Hj Rahmat / Nurul ) di 03- 55116942 (hp : 019 2240853 ) @ email di rahyarsa@streamyx.com Ustaz Pembimbing Rahyar Selangor adalah Ustaz Dzulkarnain Hamzah ( Astro Oasis/Amani) dan Ustaz Nidzam Kamaruddin..

Kembali ke blog saya http://arsadik.blogspot.com/ t/kasih.

Monday, January 4, 2010

Bersama Keluarga di Rumah Kota Bharu

KTC KB 27Dis'09 - Bersama anak-anak , Alhamdulilah sampai 24hb jam 1pagi di KLIA sahabat setia Azri-Cku-Arizan turut menyambut, 24hb rehat di Kelana Jaya, 25hb jam 6pagi bertolak ke KKrai dan 27hb 'balik sehari' di rumah Kota Bharu.. raikan anak-anak semua.. 28hb balik Kelana Jaya.

Kembali ke blog saya http://arsadik.blogspot.com/ t/kasih.

Semoga Berjumpa Lagi di Umrah @ Ziarah @& InsyaAllah Haji lagi..

Ok , jumpa lagi di Umrah, Ziarah dan Haji lagi InsyaAllah..

Madina 23Dis'09-At the end flight delay jam 12 tenghari , rezeki dapat duduk di tingkat atas

Madina 23dis'09 - 6.00am - di Airport Madinah bekerjar flight jam 7am.. SV5008 Madinah -> KLIA



..

Kembali ke blog saya http://arsadik.blogspot.com/ t/kasih.

Di Maddina






View dari Hotel Dallah Taibah Madinah





















Sekitar Dalam Masjid Nabawi


































































































































Di Lawatan Ke Bukit 'Magnet'






































































































Di Medan Uhud














































...akan di update

















































Di Perkuburan Baqik
dll