Monday, October 18, 2010

Jadual Penerbangan Haji 1431H / 2010



Assalamualaikum ,


Musim haji tiba lagi. Jemaah pertama yang bakal menjadi tetamu Allah swt telah berlepas pada 9 hari yang lalu malam 9/10/2010 dan sekarang sudah berada di Bumi Haram Madinah. Kepada jemaah yang lain yang sudah terpilih menjadi Tetamu Allah pasti berdebar menunggu saat keberangkatan.


Sentiasa berdoa semuga Allah memberi kesihatan dan memudahkan segala urusan sehingga dapat menjejaki kaki di Bumi Haram sebagai tetamu Allah.


Menjadi tetamu Allah swt ke Tanah Haram Mekah dan Madinah tidak sama dengan melancung ke mana juga di dunia ini. Jemaah haji akan di uji oleh Allah swt dengan berbagai ujian semenjak di tanah air, ketika penerbangan, di Madinah sehinggalah di Mekah. Hanya jemaah haji yang sabar dan redha dengan apa sahaja ujian akan mendapat Haji Mabrur.



Ibadah haji adalah musafir mujahadah yang menguji setiap jemaah haji.
Antara tips untuk mendapat Haji Mabrur adalah banyak memberi makan, banyak memberi salam dan sering ringan tangan untuk memberi khidmat kepada yang perlu.

Berikut adalah jadual ringkas jemaah penerbangan haji 2010 :
1. Penerbangan Pertama KT01 – 9 Oktober 2010
2. Penerbangan Akhir – 09 November 2010

3. Jangkaan Wukuf – 15 November 2010


4. Penerbangan Balik Pertama – 22 November 2010
5. Penerbangan Balik Akhir – 22 Disember 2010

Monday, October 4, 2010

Selamat Menjadi Tetamu Allah Shabat2 Telekom ku... 2010 / 1431H



-

From: Abd Rahman Sadikin kepada sahabat2 Telekom Malaysia

Alhamdulilah dan Tahniah

1.Kak Rem serta Suami .. - Product TM Retail
2. Puan Roslina Hassan dan Suami - CSM TM Retail

3. Rozaini & Suami - HSBB System Team

4. Nik Adnan Nik Omar - CIND Core Planning Ntwork

dengan doa'


"Allahumma hajjan mabruron, wa sa'yan masykuran, wa zamban maghfuron, wa tijaratan lan tabuur.."

Sambil berkongsi pengalaman di blog khas saya semasa di sana Haji Musim lepas http://arsadiktetamuAllah.blogspot.com/


semoga menjadi 'perangsang' kepada yang belum mendaftar daftar lah sekarang...bagi yang pernah ke sana samada menunaikan Umrah ...maka akan terasa sentiasa lambaian Kaabah sentiasa melambai2 kita...



Hj Abd Rahman Sadikin
=======================

From: Ramisah Zainudin


Sent: Mon 10/4/2010 5:34 PM


To: Razlizam Abdul Manap @ Razak; Najmah Hj Said; Suzana Mohd Salleh; Mohd Fairuz Hisham; Mohd Zuki Abdullah; Shahrul Shamsuddin; Abd Rahman Sadikin; Khairulnisak Azis; Roslizam Mat Yusof; Ahmad Fairuz Ismail; Rosyanti Zainal Abidin; Norfaddilaf Ali; Mohd Dzulfiqhary Ibrahim; Norliza Mohd Saad; Marwan Yusof; Asmahani Binti Muhammad; Wan Rozana Aizan Wan Ismail; Rosmawati Ramli; Shahiruddin Saleh; Siti Nurul Huda Ahmad JalanySubject:
Assalamualaikum semua,

Inshaallah saya akan menunaikan fardu haji bersama suami dan jadual penerbangan pergi pada 10.10.10 ini, di kesempatan ini saya memohon maaf dari semua, harap doakan saya dan suami dapat menjalani ibadah haji dengan selamat dan mendapat haji mabrur.

Salam,

Ramisah Zainudin.