Monday, October 10, 2011

Tetamu Allah - Zulkarnain Wahab & Zaihashirhoh Abu Hassan

Hotel Di Madinah Hotel Dallah Taibah


( http://www.dallahtaibah.com/ ) Bilik :1102

Hotel Di Mekah Hotel Nawarah Mawaddah ( http://www.besharah.com/invmakahexecuted18.html) Bilik : NW509





Selamat diterima sebagai Dhuyfur Rahman dengan Doa

" Allahumajalhu Hajjan Mabruro, Wa'sya'n Masykuro, Wazambban Maghfurro,

Wa'amalan Solehan Maqbullan Watijoratan Lan tadbur "


Pakej Rahyar - http://www.rayhar.com/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=11:kenali-rayhar&catid=3:haji-1432

Zul boleh dihubungi di +966544853970
Account Tabung Haji : 630501008597568




Selamat mendapat haji mabrur Zulkarnain & isteri Zaihasiroh

Bersama Hapizur dan Ridwuandin ...Hjh Maznah sedang membantu Siroh (isteri Zulwahab)




Team IT Selangor akhi Shafiee turut bersama


Ustaz Abdul Majid Ustaz Rayhar Travel yg bersama KT37 ...bersama almuni-almuni Rahyar




Ambil kesempatan amilin rahyar Shah Alam - Hj Rahmat !



Friday, October 7, 2011

Jadual Penerbangan Haji 1432Hijrah @ 2011

Kenangan 2009 Flight balik dari Madinah International Airport sebelum kembali ke KLIA



Jadual Penerbangan Haji 1432Hijrah @ 2011





Assalamualaikum dan salam 1Dunia, musim Haji datang lagi. Tahniah kepada semua Bakal Jemaah Haji Malaysia yang sudah terpilih untuk menjadi tetamu ALLAH SWT untuk musim haji 2011 . Bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana telah memilih anda menjadi salah seorang daripada berjuta tetamu-Nya dari seluruh dunia. Masih ramai lagi yang sedang menunggu giliran dengan penuh sabar.

Tabung Haji telah mengumumkan tarikh Penerbangan Haji Malaysia 2011 :

1. Penerbangan Pergi Pertama : 29 September 2011 (Khamis)
2. Penerbangan Pergi Akhir : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
3. Wukuf (9 Zulhijjah) : 5 November 2011 (Sabtu)
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011 (Ahad)
5. Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) : 7, 8 dan 9 November 2011 (Isnin, Selasa, Rabu)
6. Penerbangan Balik Pertama : 13 November 2011 (Ahad)
7. Penerbangan Balik Akhir : 13 Disember 2011 (Selasa)

Nota : Tarikh Wukuf akan berubah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Ibadah haji adalah ibadah menguji kekuatan dan daya tahan iman. Persiapan yang rapi rohani dan jasmani sangat diperlukan untuk mendapat Haji Mabrur. Ibadah Haji bukanlah seperti rombongan Mak Minah pergi ke Vietnam sibuk membeli belah tetapi Haji adalah perjalanan Rukun Islam yang ke lima untuk menyempurnakan Rukun Iman yang enam. Berbagai ujian akan ALLAH SWT turunkan kepada setiap Bakal Jemaah Haji bermula dari Malaysia sehingga di Mekah, Madinah dan kembali semula ke Malaysia. Maka bersedialah dengan semua ujian kerana bukan mudah untuk mendapat Haji Mabrur.

Thursday, October 6, 2011

Dan Kepada Anakanda ANAS ABD RAHMAN yang berangkat Haji dari Jordon..




Selamat berangkat ...


Kenapa Piring Astro Menghadap Kiblat?

Ihsan dari http://szlihin.blogspot.com/2011/10/kenapa-piring-astro-menghadap-kiblat.html Yang Berkaitan dengan Kaabah !

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro.

Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?


KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.

Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan."Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi.

Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Zulkarnain Wahab & Zaihashirhoh Abu Hassan - KT37







Seorang lagi sahabtku Zulkarnain Abdul Wahab & isterinya Zaihashirhoh Abu Hassan akan berangkat 10 10 2011 dgn KT37 melapor di Kompleks Haji Kelana Jaya jam 8.15malam


dengan http://rayhar.com/.




Tuesday, October 4, 2011

Selamat Menjadi Tetamu Allah sahabatku ..

Merenung jauh meninggalkan keluarga menjadi TetamuNya..






Alhamdulilah sempat bersama Akhi Yusuf Jaafar dan isteri (Sahimi) di Dewan Taklimat destinasi terakhir sebelum menaiki bus terus ke airport KLIA rombongan KT14 muasasah dalam jam 9.15 pagi tadi 5 Oktober 2011 bersamaan 6 Zulkaedah 1432Hijrah
=

Menerima sms dari Akhi Yusuf pada 5 Okt 2011 jam 11.21am " Alhamdulilah dah disampaikan hajat sahabat di raudhah "






.

test