Wednesday, October 7, 2009

Sejarah dan Peristiwa Tawaf-Saie-Melontar-Wukuf

Tawaf
Mengelilingi Kaabah (tawaf) merupakan ibadat turun temurun di kalangan golongan Arab. Sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama rombongannya berhijrah ke Madinah, mereka telah tidak melakukan ibadat ini buat sekian lama. Hinggalah tiba pada satu ketika bila mereka berasa teramat rindu untuk kembali ke Mekah untuk melakukannya. Mereka menyuarakan keinginan ini kepada Rasulullah dan baginda telah bersetuju untuk bersama mengerjakannya. Lalu mereka berangkat menuju ke Mekah. Malangnya, perjalanan mereka dihalang oleh kaum Quraisy yang ketika itu menjaga Mekah kerana memikirkan bahawa rombongan Muhammad ingin menyerang Mekah. Rundingan dijalankan dan terhasillah Perjanjian Hudaibiah. Rombongan Nabi Muhammad tidak dapat mengerjakan haji pada tahun tersebut sebaliknya mereka telah mengkembali pada tahun berikutnya untuk mengQada haji yang tak terlaksana.

Saie
Saie adalah satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Melontar Jumrah
Allah Taala telah menguji Nabi Ibrahim dengan memerintahnya untuk menyembelih Nabi Ismail. Dengan persetujuan Nabi Ismail sendiri, Nabi Ibrahim terus bersedia untuk menyempurnakan perintah Allah. Sebelum penyembelihan dijalankan, Iblis telah berkali-kali menghasut Nabi Ibrahim agar tidak melakukannya. Tujuan Iblis hanyalah supaya Nabi Ibrahim tidak melaksanakan perintah Allah. Tetapi Nabi Ibrahim tetap cekal untuk meneruskan apa yang perlu dilakukannya. Untuk menghalau Iblis, Nabi Ibrahim mengambil batu lalu merejam Iblis yang menghasutnya itu berkali-kali.
Melontar Jumrah diumpamakan seperti melontar Iblis dan Syaitan sebagai mengingati peristiwa semasa Nabi Ibrahim a.s. hendak mengorbankan Nabi Ismail a.s.

Nota: Nabi Ismail akhirnya tidak dikorbankan. Sebaliknya Allah Taala menurunkan seekor kibas sebagai ganti.

Wukuf di Arafah
Mari kita mengimbas kembali peristiwa di mana Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.

sumber dari
http://www.geocities.com/Athens/8999/believe/hajj/sejarah.htm

Monday, October 5, 2009

Antara Tools & Links bantuan semoga Allah permudahkan !


FreeMind Software di manafaatkan bila mengulangkaji melalui bacaan dan di terjemahkan sebagai 'peta minda' Insya Allah
( sedutan dari blog saya arsadik.blogspot.com Tajuk "Standby Tetamu Allah")
Kepada , yg terpilih dan standby untuk menjadi Tetamu Allah sudah tentu telah mengikuti kursus-kursus bersiri yg telah dan sedang di adakan. Sebagai panduan bersama tetamu-tetamu Allah 1430 Hijrah.
Laman Utama Tabung Haji asas berkenaan Haji -
Laman dari Pengendali Swasta
a) http://www.thts.com.my/ - Tabung Haji Travel & Services
c) http://hajiumrahziarah.wordpress.com/ - Mitra Kembara ( Ada soal-jawab )
Laman/Web/Blog Panduan Haji/Umrah
d) http://www.panduanhajiumrah.com/ ( e-book berbayar)
Soal-Jawab Haji / Q&A
Koleksi Gambaran/Imej/Gambar Tempat Haji/Umrah
Video Interaktif Panduan Haji/Umrah
b) http://mekah-madinah.blogspot.com/ (rakaman - gambar - video )
Blog Pengalaman/Kesah / Kenangan para Haji

Perbetulkan Niatku

..Ya Allah

Hari Kedua - Kursus Perdana









Hari ke dua selepas Solat Suboh tanpa mengikut maktab-maktab semua di minta menunaikakan 'tawaf haji' dan 'saie haji' selepas sarapan taklimat dan penerangan haji diteruskan dan program ditutup oleh Sultan Selangor jam 9pagi dan disambung beberapa penerangan tambahan.
Terimaksaeh kepada para pembimbing yang saya dan isteri kenali antaranya Ustaz Ridzuan, Ustazah Ummi, Ustaz Samsudin Sidek & Ustaz Hasyim semoga Allah meredoi ilmunya dan diberi ganjaran Syurga kepada ustaz2 !.
Ustaz Ridzuan dan Ustazah Ummi membimbing dalam kursus bersiri dan kursus intensif
Ustaz Hasyim membimbing dalam kursus intensif dan
Ustaz Samsudin Sidek dalam kursus bersiri di masjid Jumhuriah Taman Dato Harun PJ
Ustaz-ustaz lain yang menjadi pembimbing dan panduan kami selepas ini adalah dari rahyar termasuk Ustaz Nizam, Ustaz Ahmad Rosli dan Ustaz Zulkarnain Hamzah.






Hari Pertama - Kursus Haji Perdana di Masjid Negeri Shah Alam 3 Okt - 4 Okt 2009

.

.

.

.

.

.


Kronlogi Kursus , selepas Solat Asar di andaikan pratikal adalah Haji Tamatuk dan bakal Haji akan memulakan dengan sentiasa berihram ( tanpa niat ) bakal haji dari Kelana Jaya di Makatab 70 ada 6 maktab kesemuanya maktab70 hingga maktab76. Ustaz pembimbing maktab 70 ustaz ridzuan muhammad. Kami sebhagian daripada 4,600 jemaah yang berkursus mulai petang 3 Okt hingga tenghari 4 Okt. Semua pergerakan mengikut maktab satu maktab dalam 600 - 700 orang.

Praktikal Yang Di Buat mengikut turutan :-
Lepas Solat Asar
- Tawaf Umrah
- Saie Umrah
Lepas Solat Magrib
- Bermalam di 'Mina'
Lepas Solat Isya
(Forum Perdana Haji Mabrur - Ustaz Zahzan, Ustazah Ummi & Moderator Ustaz Hasyim )
- Bermalam di Muzdalifah ( mengutip anak batu )
- Melontar 1 jamrah sekali
- Melontar 3 jamrah
- Tahalul ( boleh bersalin pakaian ) & membuka Ihram
- Bermalam & Qiamulail
Lepas Solat Suboh
- Lepas Subuh Tawaf Haji
- diikuti Saie Haji
- Tahalul

Ahlan Wahsahlan blog khas sebagai Tetamu Allah 1430 Hijrah


Assasalamualikum semua !

Sekadar berkongsi pengalaman semoga Allah memperteguhkan dan memperbetulkan niat hamba mu ini dan isteri kerana Mu dalam mengharap redo Mu Ya Allah.

Arsadik
http://arsadik.blogspot.com